Kesejahteraan psikologi merupakan sesuatu yang bersifat multidimensional dan didefinisikan dalam pelbagai bentuk (Hupert & So, 2013; Diener et al., 2010). Walaupun secara amnya, tiada definisi tunggal, namun terdapat kesepakatan umum di kalangan sarjana bahawa individu yang sejahtera dari segi psikologinya seharusnya mempunyai mood dan emosi positif (e.g gembira, bahagia, bersemangat); rendah emosi negatif (e.g takut, bimbang); berpuas hati dengan kualiti kehidupannya (umum; khusus seperti pekerjaan; kekeluargaan); dan berfungsi secara positif (memiliki autonomi; makna dan tujuan hidup)