INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MALAYSIA 2024

Tuan/Puan,

Indeks ini bertujuan untuk mengukur kesejahteraaan psikologi penjawat awam. Dapatan indeks ini akan dijadikan indikator dalam merangka dasar, merancang dan melaksanakan program pembangunan, pencegahan dan intervensi.

Tuan/Puan terpilih sebagai responden untuk indeks ini. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan/puan untuk melengkapkan maklumat dalam soal selidik ini. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat menjawab ke semua maklumat secara JUJUR dan IKHLAS. Segala maklumat yang pihak tuan/puan berikan adalah dirahsiakan dan digunakan hanya untuk tujuan penyelidikan sahaja. Tiada maklumat peribadi yang akan diminta dalam kajian ini.

Kerjasama dari pihak tuan/puan meluangkan masa menjawab soalan kaji selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengurusan Psikologi