Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengambil inisiatif dalam menghasilkan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) bagi memenuhi kerangka kesejahteraan yang lebih menyeluruh dan holistik. Penghasilan IKPM ini, dapat membantu kerajaan dalam merangka strategi dalam membangunkan dasar dan polisi bagi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat.Seterusnya dapat melaksanakan program pembangunan, pencegahan dan intervensi bersesuaian serta berfokus kepada keperluan kumpulan sasaran.
Elemen psikologi yang amat penting dalam mempengaruhi kecelaruan tingkah laku dan kepincangan sosial. Bahagian ini mengambil inisiatif membangunkan IKPM bagi menutup ruang kosong yang ditinggalkan dalam menerangkan tentang konsep kesejahteraan holistik. Kesejahteraan psikologi sangat penting kepada setiap individu dan ia mempunyai implikasi besar dalam mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal individu. Keupayaan menguruskan psikologi diri dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan baik dan bermakna. Permuafakatan individu yang mempunyai kesejahteraan psikologi mewujudkan satu kelompok masyarakat seimbang seterusnya membentuk sebuah negara yang rakyatnya memiliki tahap kesejahteraan yang tinggi.
Indeks Kesejahteraan Psikologi 2018 adalah pengukuran tahap kesejahteraan yang pertama di Malaysia. Ia mengukur kombinasi hedonic dan eudaimonic termasuk kepuasan hidup kefungsian Psikologi dan kesejahteraan sosial. Ia bersesuaian dengan pandangan sarjana terkemuka dalam pengukuran Kesejahteraan Psikologi. IKPM adalah pelengkap kepada pengukuran kemakmuran/ kesejateraan Negara yang merangkumi kesejahteraan objektif seperti ekonomi dan sosial. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan IKPM 2018 suatu realiti.