TINGGI |
Tahniah. Amalan gaya hidup sihat anda telah meningkatkan kesejahteraan psikologi di tahap yang terbaik. Teruskan usaha untuk mengekalkan tahap kesejahteraan anda dan sentiasa positif. |
SEDERHANA |
Kesejahteraan Psikologi anda berada di tahap yang baik. Anda perlu meningkatkan beberapa elemen dalam pengamalan gaya hidup sihat agar dapat meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi anda. Teruskan usaha untuk tingkatkan tahap kesejahteraan psikologi dan tambah baik amalan gaya hidup sihat anda. Anda digalakkan berbincang dengan Pegawai Psikologi cara terbaik bagi meningkatkan kesejahteraan anda. |
RENDAH |
Kesejahteraan Psikologi anda berada di tahap yang kurang memberangsangkan. Anda perlu segera berusaha untuk mempertingkatkan tahap kesejahteraan psikologi anda agar kehidupan menjadi lebih bermakna. Anda mesti berbincang segera dengan Pegawai Psikologi untuk mencari jalan terbaik bagi meningkatkan tahap kesejahteraan agar kehidupan anda menjadi lebih baik, positif dan produktif. |